BOLA TAMPAR   

Perlembagaan

1.           NAMA DAN ALAMAT

        Kelab ini akan dinamakan Kelab Bola Tampar SMK Sacred Heart, Sibu. 

        Alamat kelab ini adalah KM 3, SMK Sacred Heart, Jalan Oya, Sibu. Poskod: 

        96000. 


2.           MATLAMAT

1.1   Mencungkil bakat pelajar dalam permainan Bola Tampar

1.2   Menanam minat pelajar terhadap permainan Bola Tampar 


3.           OBJEKTIF

3.1  Meningkatkan keahlian dalam kelab Bola Tampar

3.2  Mempertingkatkan mutu pengajaran kaedah atas cara bermain Bola Tampar

3.3  Menambahkan pengetahuan ahli-ahli dalam permainan

3.4  Meningkatkan keyakinan dan semangat berpasukan melalui interaksi antara  

       ahli-ahli

3.5  Melatih wakil-wakil menuju ke arah peringkat daerah, bahagian, negeri dan

       kebangsaan serta antarabangsa 

3.6  Memastikan kemudahan dan keperluan sentiasa mencukupi untuk aktiviti kelab 


4.           KEAHLIAN

4.1   Dibuka kepada semua pelajar sekolah ini

4.2   Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi pendaftaran kad  

       kegiatan kokurikulum


5.           GURU PENASIHAT

5.1  Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2  Guru Penasihat hendaklah memebri nasihat dan mempunyai kuasa mutlak   

       merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3    Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa 

       aktiviti dijalankan.

5.4  Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.


6.           AHLI JAWATANKUASA

6.1  Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2  Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak 

       dicalonkan sebagai AJK

6.3  Pemilihan AJK secra undian.

6.4  AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5  AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan 

       jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6  Ahli AJK Persatuan hendaklah terdiri  ;

                Pengerusi

                Timbalan Pengerusi

                Setiausaha

                Setiausaha II

                Bendahari

                AJK-AJK Penyelaras Tingkatan

               

7.           KEHADIRAN / PENYERTAAN

7.1  Ahli-ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan 

       sepanjang tahun.

7.2  Kegagalan berbuat demikian sebanyak …3.. kali boleh dikenakan tindakan disiplin 

       dan kehilangan hak-hak keahlian persatuan / kelab.


8.           AKTIVITI

8.1  Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK

8.2  Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk 

       pengetahuan ahli.


9.           PERATURAN-PERATURAN

9.1  Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.

9.2  Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

9.3  Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.


10.       TINDAKAN DISIPLIN

10.1  Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaam persatuan/kelab dan tidak

         mematuhi peraturan yang ditetapkan.

10.2  Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut ;

                10.2.1     Amaran lisan

                10.2.2     Amaran bertulis

10.2.3     Gantung keahlian

10.2.4     Pecat keahlian

10.3  Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.

10.4  Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat 

         rayuan kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat 

         adalah  muktamad.


11.       PINDAAN PERLEMBAGAAN

11.1  Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda

11.2  Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat

         atau pentadbir sekolah secara bertulis.

11.3    Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru Penasihat dan AJK akan        

         membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

11.4     Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan

          kelab/persatuan  dan disahkan oleh Pengetua.


12.       PEMBUBARAN PERSATUAN

12.1  Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar

         perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

12.2    Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat  

         Agung Tergempar.


13.       HAL-HAL LAIN

13.1  Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang  

         dijalankan.

13.2  Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

  

                       ________   ________  ____________

Tandatangan Setiausaha, Pengerusi, Guru Penasihat

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab Sekolah

______________               Cop Sekolah :                              Tarikh :____________

Pengetua